assalamualaikum:)
entri ni untuk manusia2 y pegang title 'PELAJAR' asrama.
semua sekolah ade senior junior kan? kan? kan?
persoalannye sekarang sape y lagi HEBAK?
senior atau junior?
kalau cakap SENIOR mcm tak adil je?
sebab dulu pon deme pernah je jadi JUNIOR hingusan kan?
so sebagai pelajar kite kene hormat satu sama? sama apa?
sama lain.yaww!
dan untuk mencapai itu kite kenelah tahu ape y tak disukai oleh SENIOR dan JUNIOR kita:)
*bace2
ini perkara2 y tak digemari oleh mereka selagi bergelar senior dan junior.
#kalau saya seorang
JUNIOR:
1.barang bile nak pulang?
satu hal y selalu berlaku.
senior sering meminjam kan?
dan meminjam tak salah, y salah tak PULANGKAN!
kalau dah pandai pinjam.tak kan tetibe je jadi tak pandai untuk memulangkan?
ehem! pengetahuan semua,
junior takut nak gi mintak balik barang itu,
sbb nanti diCOP kurang ajar.
dan ending y selalu berlaku?
barang itu berpindah hak milik secara tidak sah.
tapi bukan salah senior 100% la.
manelah tahu ade penyakit pelupa? atau terminum sedozen semut ke?
kita mana tahu kan?
jadi si junior perlulah beranikan diri gi mintak barang kalian.
tapi INGAT! cara kene sopan la.
2.muka ketat! takut~
kakak2, abang2 semua,
1, 2, 3 cheese!
belajarlah senyum.
sesunggunya senyum itu sedekah.FREE kot!
tak pernah pulak dengar berita:
' seorang senior mengalami kekejangan otot pipi sebaik sahaja senyum ke arah seorang junior'
melampau! kalau senyum nak ngorat tu...
kemungkinan lah?
selalunya senior pasang ego untuk senyum ke arah pelajar muda aka junior.
janganlah begitu,
mungkin itu salah satu faktor mengapa senior tak hormat?
dan disebalik itu, sebenarnye dia takut?
hati manusia lain2.kita tak tahu.
so? senyumlah:) *ngeee!
3.buat itu, selepas tu buat ini pulak
alahai, ada bakat jadi QUEEN CONTROL dlm rumah tangga sunggguh.
satu lagi spesis senior y dapat kita temui.
jenis MENGARAH.
lemah otot2 dan barisan ligamen2 junior.
purata junior y katakan tidak adalah sikit dan kecil.
mula2 ayat senior y selalu diguna pakai ialah:
' adik, boleh tolong angkat barang akak ni kejap? berat la'
'boleh tolong angkat barang akak ni kejap? berat la'
'tolong angkat barang ni kejap? berat la'
'angkat barang ni kejap? berat la'
'angkat barang ni! berat la'
tengok! lama2 ayat y senior pakai berubah.
mungkin dah selalu sangat mintak tolong gamaknye?
amboi? tranformasi y negatif sungguh.
banyak cantik muka you?
sudah2! jgn nak panjangkan kes,
the way is? mintak tolong rakan sebaya kita.
yang ni! kau nak maki ke? tumbuk ke? marah ke?
itu lu punye pasal!
sekurang-kurangnya, hubungan junior senior bertambah baik.
dan kalau kau pandai handle bende ni, hubungan kau dengan rakan sebaya pon baik juga.
*agak2 dapat tangkap tak maksud tersiratnye?
4.paw makanan!
nak merasa tak pe,
tak salah pon.
tapi kalau dah melantak? ape kes!
nak marah dah la tak bole.
tak logik pulak rasanya nk marah senior sbb makanan kan?
rasa mcm kedekut pon ade.
entah2 dia nk kongsi ngan kawan2 die ke?
pakwe die ke?
erm, tapi sila take note si senior.
ini hakikat.mereka tak suka.
tapi tak boleh nak luahkan.mcm tertelan kerongsang kat kerongkong.
tahuk?
tapi kalau dah dia ajak ke? bagi ke? dan seangkatan dengannye.
apelagi! makan selagi mampu.tak salah sbb dia y ajak.
nak habiskan pon bole.serius! tapi kalau muka tembok la.
5.saya budak baru belajar.
kalau salah? tolong tunjukkan.
nama pon junior.sah2 la banyak bende kami tak tahu.
susah sgt ke nak bagi jawapan y memberangsangkan otak?
dia tanye.kau jawab.
itu je.
TAPI kalau tanye bende bukan2 misalnye:
gosip terkini ke?
ok! itu senior semua diberi keizinan untuk kasi penumbuk sulung anda!
agak2 la soalan nk ditanye pon.alahai.
selagi soalan y boleh membangunkan pemikiran it's okay.
go on dengan soalan2 mu wahai junior.
dialu-alukan lagi.
............................................................................
#kalau saya seorang
SENIOR:
1.aku lagi panas!
ehem! pengetahuan semua,
ade je manusia y kejar panas ok!
jangan marah! kalau korang jumpa itu.
lumrah manusia la wei, nak jadi perhatian.
Kalau junior dah amik pangkat panas itu, mestilah senior marah kan?
Ok di sini kita nampak isu utamakan y TUA.
lagipun, masa akan tiba jugak untuk si junior merasa panas.
hah! time uh kalau kau nak panas sampai terhangus pon tak de sape bole lawan:)
2.bagi SALAM!
rasa macam kurang ajar kan kalau junior tak buat perkara di ats?
paham2.
ini pon lumrah jugak,
lumrah ingin rasa dihormati.
kalau dah itu adat dan adap di asrama.
apa salahnye? junior follow je lah bende alah tu.
memang ISLAM kata tak kira tua muda kita patutnye bertegur antara satu sama lain.
tapi adat dan adap di atas tak bercaggah dengan ajaran ISLAM.
TETAPI, ulang sekali lagi.BUT.
aku tak cakap wajib!
lagi eloklah guna formula tak kira tua muda tu.
3.hey! ini giliran aku!
hah! ini lagi2 lah pantang bg pelajar senior,
aku bg contoh la:
*tunggu giliran mandi*
*tunggu giliran iron*
*tunggu giliran ambik makanan*
*tunggu giliran basuh kain*
*tunggu giliran basuh tangan*
dan lagi.
aku tahu, senior mane2 pon kalau kene satu BENDE ni, meme, meme, tak bole tolak ansur.
rasa mcm nak kasi penamar je kan? kan? kan?
haha! dan selalunya dlm hati berkata:
'wo! dah la junior, potong line aku pulak?! WTH!'
dan senior pon selalu gak buat perangai ni.
wah! mereka buat tak pe?!
perangai mcm hampas!
sabar2.junior2 jgn marah.
ini bukan salah mereka ----> senior
mcm biasala.tak puas hati.
sbb deme pon selalu gak kene mcm ni time jadi junior.
so? mcm tak adil kalau mereka tak buat begini.
tuntasnye, junior perlu tingkatkan keimanan dan kesabaran:)
*kepada senior2 jgn melebih2 suda.sekali-sekala je.
4.penyibok!
atau bahasa sopanye ialah 'jangan jaga tepi kain orang'
sedar2 lah diri awak tu junior,
ada hati nak tanye gosip2 terkini y berlaku antara senior?
disarankan JANGAN!
sbb ni boleh buatkan senior rasa kurang senang.
mereka rasa mcm nak cincang korang!
wahaha(gelak setan)
tak gurau je.
rimas! yeah! lebih tepat rimas!
biarkanlah si senior dgn egonya.
hah! y kau sibuk2 nak tahu gosip2 terkini apehal?
jaga kawan sendiri suda la.
dan selalunya jarang sangat senior y ambik tahu hal junior kan? kan? kan?
ape org inggeris kata? 'NO CLASS'
jawanye? 'APE BARANG'
di sini aku nak cakap stoplah jadi paparazi tak berbayar.
5.langgar lari.
pandang sane manusia,
pandang sini pon manusia jugak?
aku tahu sekolah itu sempit.
tapi perlu ke sampai berlanggar-langgar?
aku tak rasa ruang sekolah tu dah mcm molekul untuk pepejal?
tak kan?
tapi kalau in kes tak dapat dielakkan tak mengapa.
tapi mintak lah maaf balik.
ni tak? kau bole BLAH mcm tu je? siap gelak2 pulak?
bukan kurang ajar ke namenye tu?
dan aku tak rasa senior akan tengking kau kalau kau mintak maaf.
kan? kan? kan?
biar sebagai junior kita y mintak maaf.
bukan merundum pon maruah kau kalau mintak maafkan?
kalau nak tahu, cukup dengan kau langgar tanpa mintak maaf dah boleh buat senior simpan dendam kesumat kat kau!
lagi2 kalau sampai dia tunggu kau say sorry, TAPI?
tak terima2 lagi kata maaf dr kau wahai junior!
ok! senior bg chance kat junior utk mintak maaf,
manalah tahu dia takut kene marah kat situ ke?
malu sbb ade kawan si senior ke?
mane tahu kan?
tapi kau tak jumpa2 pon nk gi mintak maaf.
ape kes?
tapi kalau dh terang lagi bersuluh kes langgar lari itu senior punye kerja.
jgn terlalu ego untuk mintak maaf dkt junior.
so? junior tahu kan nk buat ape? kalau rasa2 dh langgar mane2 manusia bergelar senior?
..............................................................................
ini berdasarkan yang aku buat bancianlah.
mungkin ada y betul? dan mungkin ada y salah?
ikut manusia la kan?
lain orang lain RAGAMNYE:)
dan kita tak boleh nak buat semua orang suka kita.
itu bende MUSTAHIL utk dilakukan oleh semua orang!
ape y penting?
cuba MEMAHAMI antara satu sama lain walaupun bukan semunya kita boleh buat.
paling penting?
JANGAN MENJADI JURI KEPADA ORANG LAIN
setakat beri tunjuk ajar tu.meme dituntut pon:)
mintak maaf kalau ada y salah dan terase.
tapi elok jugak kalau terase kan?
anda mampu mengubahnye!
aku rasa semua pernah kene perkara2 di atas kan? kan? kan?
so? jgn marah la.
*the end*
SERONOK? SILALAH FOLLOM!